...gedung tudung muslimah pilihan anda...

Monday, December 21, 2009

Selamat Datang ke Blog R.M.S

Assalamualaikumwarahmarullahiwabarakatuh...

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog R.M.S. Tentu pengunjung tertanya-tanya apakah itu R.M.S.?

  R.M.S sebenarnya merupakan sebuah perniagaan yang menjalankan aktiviti jual beli berkaitan dengan fesyen muslimah moden.Pada masa ini,aktiviti jualan kami hanya tertumpu kepada jualan TUDUNG dan TELEKUNG secara runcit bergantung kepada permintaan pelanggan.Kami menawarkan pelbagai jenis tudung dan telekung yang menepati cita rasa semua golongan wanita sama ada yang bekerjaya mahupun sebaliknya.

  Kedai R.M.S menjalankan operasi di Tingkat 2 Bazar Tengku Anis Kota Bharu Kelantan.Kedudukan kami yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Kota Bharu menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjung kami.Kemudahan kawasan parkir yang luas sudah tentu akan memudahkan lagi tuan-tuan dan puan-puan untuk berkunjung ke sana.

  Kemunculan blog ini akan dapat membantu anda semua membuat pilihan yang tepat dan terbaik bagi produk-produk yang kami tawarkan.Sentiasalah berkunjung ke blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk terbaru Kedai R.M.S,dan jangan lupa kunjungi kami di Bazar Tengku Anis!

Terima Kasih.

Danial Fitri